
|
arise kata mereka My Tagboard penghias dalaman |
something like dead
bismillah..
saat manusia lain sedang bertungkus lumus untuk mempersiapkan diri demi nusa dan bangsa, aku masih di belakang memikirkan keadaan diri ku.. saat manusia lain mengharap sangat-sangat pada sesuatu yang tak pasti, aku sudahpun hentikan jejak langkahku.. andai kau tahu, Rasulullah sibuk memikirkan keadaan kita,umatnya. andai kau ingat, betapa kejam firaun sehingga Allah biarkan mayatnya kekal hingga hari ini untuk dijadikan tauladan. andai kau lupa, Allah sentiasa menunggumu dan menjagamu. tanpa kau sedar, kau terlalu pentingkan diri sendiri. membiarkan dirimu hanyut dan terleka dek duniawi. memang. aku akui. kata-kataku ini hanyalah persinggahan seketika terhadap dirimu. aku juga akui, dan aku juga mempunyai ayat 'qoya' di mana, aku juga bukan sesiapa untuk menasihati. siapa aku dan kamu bukanlah persoalannya. sama ada kamu prince charming, sama ada kamu teman sejati, sama ada kamu dari golongan yang kaya. tapi, kamu masih teruskan pembacaan. itu sudah pasti. terima kasih. jujur aku mahu ingatkan diriku tentang mati. ayat yang sering kita dengar, bersediakah kita? ataupun, banyakkah amalan kita? persoalannya, bagaimanakah keadaan kita di sana nanti? terbayangkah kamu, saat kamu sudah tidak mampu untuk gerakkan seluruh anggota badan, sehingga orang tersayang mengeluarkan air mata keranamu? terbayangkah kamu, melihat tubuhmu dimandikan lalu dikafankan, kemudian diusung ke tanah perkuburan? terbayangkah kamu, melihat manusia yang kamu sayang sebak mengalirkan air mata melihat sebujur tubuh kakumu? terbayangkah kamu, saat manusia menimbuskan tanah menutupi seluruh tubuhmu? terfikirkah kamu... wahai diri yang masih tidur, bangunlah melihat imanmu yang senipis rambut. wahai diri yang masih terleka, alam barzakh itu bukanlah suatu pembohongan semata-mata. tidakkah kamu takut akan dosamu? dimanakah amal ilmu yang kau pelajari itu? adakah pahalamu akan mewangi harum menutupi busuknya mayatmu? lihatlah dirimu. kamu masih tertawa, tanpa sedar malaikat maut mengintaimu setiap hari. lihatlah dirimu, kamu masih inginkan dunia yang tidak ternilai walau dengan harga seekor nyamuk pun. di mana janji didalam doa iftitah yang dibaca olehmu? apakah kamu layak untuk tertawa berdekah-dekah saat dosamu bagaikan segunung everest? sesungguhnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada di genggaman, bak kata pepatah orang melayu, genggam bara api biar sampai jadi arang. tapi itu bukanlah maksud pepatah tersebut. apa yang kau nak dalam dunia nie? harta. rumah besar. perempuan cantik. pangkat. apakah itu tujuan hidupmu? berdasarkan nafsu semata? fikirkanlah. setiap hari saudara kita di sana kelaparan kerana tiada makanan, kita di sini makan sehingga membazir. setiap hari saudara kita di sana tiada tempat untuk berteduh, kita di sini tidak pernah bersyukur. setiap hari mereka di sana berebut makanan, kita di sini membuang makanan. setiap hari. mereka tetap berjuang untuk teruskan hidup, kita di sini putus asa nak hidup. mereka disajikan dengan peperangan, kita disajikan dengan hiburan. mereka penghafal al-Quranul karim, kita di sini penghafal muzik. mereka di sana kehilangan keluarga dengan sekelip mata, kita di sini menjadi anak derhaka. terfikirkah kita keadaan mereka di sana? maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?(surah al-Rahman) saudaraku, adakah kita making a life or live a life? adakah kita dahagakan pujian ataupun redha Allah semata? betulkanlah dirimu, betulkanlah cara berfikir. fikiran yang baik,akan membentuk emosi yang baik. emosi yang baik akan membentuk perkataan yang baik. perkataan yang baik akan membentuk perbuatan yang baik. perbuatan yang baik akan membentuk sikap yang baik. sikap yang baik akan membentuk personaliti yang baik., seterusnya menentukan denstinasi dunia dan akhirat kita. apabila kita sibuk perbetulkan diri, kita tidak akan nampak kesalahan orang lain. apabila kita rasa diri kita baik, insyaAllah kita baik. sekurangnya kita nak jadi baik. kan? apabila kita mahu melihat dunia berubah, kita yang perlu mengubah diri kita dahulu. kita juga tidaklah seteruk firaun, dan kita tidaklah sehebat sahabat rasulullah, kite juga bukanlah manusia istimewa seperti ahmad ammar, tapi kita juga manusia biasa yang ingin menjadi seperti meraka. yang kuat kerana Dia. yang bangkit kerana Dia. saudaraku, dunie ini hanyalah sementara. kelak kau akan menyesal saat matahari terbit di sebelah barat. bukankah al-Quran telah pun ingatkan kita tentang akhirat beberapa ribu tahun dahulu? saat ini, mungkin hanya segelintir yang membuka mata,hati dan fikiran, yang mungkin sedar betapa Allah ingatkan kita tentang hari pembalasan, jadilah kita termasuk dalam golongan itu.. ingatlah wahai diri, orang yang hidup untuk dunia tertipu dengan dunia, orang yang hidup untuk akhirat, dunia mengejarnya... |