Searching for jannah

arise

imam al-ghazali berkata.."Ketika kau merasa sepi, jangan kau katakan aku sunyi, tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Yang Memerhati.."

Entries About Linkies Stuff


kata mereka

My Tagboard

  • awak baca lah puas-puas kat sini. hee peace yaww
  • eh eh.ada orang lah
  •  "makhluk" mendArat di sini.


  • penghias dalaman

    Template: Zaatboy Ainn
    Basecodes: Atieqa Afiqah
    Tuto/Free: StudentKecik
    Others:   


    tersekat atau disekat

    this is a real life,

    its happen,
    in my life,
    just then.

    and is going on.

    ianya kisah hidupku,
    yang penuh liku,
    selama 17tahun aku hidup.
    alhamdulillah,
    aku masih hidup,
    aku masih di sini,
    meminjam oksigen dari Yang Esa,
    meminjam dunia yang hanya sementara..

    sini,
    selama aku hidup di bumi yang semuanya puteri-puteri,
    yang semuanya spesies yang sama,
    perangai yang hampir serupa,
    tapi berbeza,
    duniaku penuh dengan gelak tawa,
    semuanya bebas

    aku ketawa,
    dengan sepenuh hati,
    tanpa memikirkan ajnabi di sisi,
    aku berjalan,
    tanpa perlu memikirkan si 'pemerhati'
    aku bersuara,
    tanpa perlu memikirkan
    si pendengar tersembunyi,
    aku bersuara,
    tanpa perlu menahan suara,
    aku bercakap,
    tanpa perlu diulang-ulang,
    aku bertanya murabbi,
    tanpa rasa malu,
    aku bertepuk tampar,
    tanpa perlu dicover,
    aku bersuka ria,
    tanpa kekangan masa
    aku meluahkan pendapat,
    tanpa rasa syak wasangka
    aku menangis,
    tanpa rasa keseorangan
    aku selesaikan sesuatu masalah,
    tanpa memikirkan jalan penyelesaian.
    semuanya bebas!!!

    tapi semua tuh dah tinggal kenangan,
    mustahil dapat dikembalikan masa tersebut,
    zaman kegemilangan remaja,
    yang gila-gila,
    yang membuatkan aku tersengih sorang-sorang,
    yang takkan dapat diganti di mana-mana tempat,
    sesungguhnya masa itu amat berharga,
    bla bla bla,
    aku bukan nak buat karangan pun,
    tapi setiap hari kita baca surah al-`asr,
    1.demi masa,2.sungguh,manusia berada dalam kerugian,3.kecuali orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
    almost.
    everyday we recite the surah,
    tanpa perasan and terkesan maknanya,
    its deep,
    just feel it.

    okay then,
    kini aku di bumi lain,
    perbezaannya sangat banyak,
    dan sikit yang sama,
    aku cuba untuk menyelam dalam bumi ini,
    aku cuba menelan yang pahit,manis,masin,
    aku cuba terima ubat,racun dari sekeliling,
    aku cuba bangun dari luka yang kini dah tinggal parut,
    iye,
    aku terjatuh,
    untuk seketika,
    but,
    who cares?
    just Allah,
    faqod.

    apa yang aku rasa,
    sangat-sangat keseorangan,
    ibarat lalang,
    mengikut laluan angin,
    ke kiri ke kanan,
    tiada haluan,
    hala tuju yang tidak pasti.
    ibarat perhiasan yang digantung di tepi rumah,
    mengikut tiupan angin barat daya,barat laut,
    memerhati gelagat manusia di bawah.

    terkadang aku menangis,
    bukan tu saja masalah aku,
    aku perlu seseorang,
    tapi aku serik untuk mempercayai sesiapa,
    aku tak mahu menyusahkan orang,
    ya Allah..
    pinjamkanlah sedikit kekuatan.
    bukankah dengan mengingati Allah,hati menjadi tenang..(surah al-ra`d 13:28)

    orang judge aku,
    sekadar meneka,
    sangkakan hidup aku sempurna,
    berfikir hidup aku penuh dengan gelak tawa and so what ever,
    just,
    they dont know anything.

    dan bertambah lagi sakit,
    hari ini aku cuba fokus,

    apa yang aku nak di bumi baru ini?
    sahabat-sahabat sentiasa tiada,
    untuk memberi nasihat,
    disebabkan kekangan masa,
    disebabkan jarak yang memisahkan,
    apa yang aku nak dalam hidup nie?

    aku mendengar,
    aku memerhati,
    aku diam.
    Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat hendaklah dia berkata-kata perkataan yang baik atau diam (Riwayat al-Bukhari)
    murabbi takde,
    membe semua saling meluahkan,
    aku?
    aku tutup telinga.
    aku pejam mata,
    kiri dan kanan masing-masing dengan hal sendiri,
    ada yang bercakap pasal adik di rumah,
    ada yang bercakap pasal rancangan esok,
    bla bla bla.
    Tidakkah kau melihat bagaimana Allah mengemukakan perbandingannya,iaitu kalimah yang baik ibarat sebatang pokok yang baik,yang pangkalnya tetap teguh dan cabang pucuknya ke langit?? (surah Ibrahim 14:25)
    sungguh,
    aku sendiri.

    this is me,
    keadaan dah berbeza wahai diri,
    kau dah besar,
    kau perlu bangkit sendiri,
    kalau tak,
    sampai bila kau nak jatuh?
    lihat diri kau.
    kau.
    kau masih berguna!!
    cubalah bersyukur dengan nikmat Allah,

    see?
    kau bernafas,
    kau melihat,
    kau merasa,
    kau mendengar,
    kau menulis,
    kau punyai tangan,
    kau cukup makan,
    kau punyai keluarga,
    kau punyai rumah,
    kau sihat,
    kau boleh berjalan,berlari,merangkak,
    kau boleh bercakap,
    kau punyai perasaan,
    kau punyai umi,abah,adik-adik,
    kau ade sahabat,
    kau ade bumi,
    kau boleh memerhati,
    kau disayangi,
    kau boleh makan,minum,
    ape lagi yang tak cukup?
    ape lagi??
    Mereka itulah orang yang hati,pendengaran,dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah. Mereka itulah orang yang LALAi. (surah an-Nahl 16:108)
    astaghfirullah hal `azim.

    ya Tuhan kami,janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk. Kurniakanlah kami dari rahmatMu. sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia (surah Ali Imran 3:8)

    wahai diri,
    haruslah,
    dan selalulah,
    bersyukur atas segala nikmat,
    mungkin pelbagai masalah datang dan pergi,
    sama ada kau kuat atau rebah,
    ingatlah Allah sentiasa tunggu kau,
    Khabarkan kepada sekalian hamba-Ku bahawa Akulah yang Maha Pengampun lg Maha Pengasih (surah Hijr 15:49)
    tunggu kau datang padaNya,
    Dia rindukan kau,
    untuk dengar segala rintihan kau,
    mintalah pada Dia,
    Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
    Allah menurunkan sebaik-baik perkataan (alQuran) yg saling menyerupai lg berulang-ulang yg MENGGETARKAN kulit badan orang yg takut kepada Tuhan mereka. Kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah (surah al-Zumar 39:23) 


    <$BlogItemBody$>