Searching for jannah

arise

imam al-ghazali berkata.."Ketika kau merasa sepi, jangan kau katakan aku sunyi, tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Yang Memerhati.."

Entries About Linkies Stuff


kata mereka

My Tagboard

  • awak baca lah puas-puas kat sini. hee peace yaww
  • eh eh.ada orang lah
  •  "makhluk" mendArat di sini.


  • penghias dalaman

    Template: Zaatboy Ainn
    Basecodes: Atieqa Afiqah
    Tuto/Free: StudentKecik
    Others:   


    sahabat yang ku miliki

    Alhamdulillah,result exam baru-baru nie taklah sedahsyat mane,
    tapi,dalam zon selesa tuh tak lah,
    banyak lagi yang perlu saya cover,
    thats okay..insyaAllah i`ll work hard more and more.

    btw,ada seorang sahabat nie yang sangat manisss orangnya,
    tengok tulisan dia pun dah boleh tahu,yang otaknya kreatif n kritis.
    ayatnya juga sangat cantik+indah.
    dan untuk itu,subjek bahasa melayu dia pun --'
    booommm!!! meletop-letop kawww!!!
    siapa tak jealous dengan orang macam nie kan.
    dan saya sangat bertuah,miliki sahabat sepertinya..im very proud.yeah.
    so,saya akan tulis karangan dia di sini,untuk kongsikan sedikit sebanyak karangan
    yang telah dikarangnya dalam peperiksaan percubaan spm baru-baru ini. fuhh! *hadiah utk dia

    bahagian B

    no.1.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.
    Sebagai seorang remaja,jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.

    jawapan dia :

    Rakan adalah cerminan pada diri kita. Seringkali kita mendengar dan terfikir-fikir adakah benar apa yang dikatakan? Jika ingin melihat dan menilai perwatakan seseorang lihatlah dengan siapa dia berkawan. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan rakan sebaya dapat mempengaruhi 50% kehidupan kita tidak kisah dari gaya pemakaian,gaya percakapan,dan seterusnya akhlak dan sikap kita. Maka di sini pentingnya pemilihan rakan sebaya dalam kehidupan ini.





    Andai diberi pilihan dan peluang untuk memilih rakan dan sahabat,satu kriteria dan aspek yang paling diutamakan adalah mempunyai sikap dan akhlak yang baik. Dia haruslah seorang yang menghormati kedua ibu bapanya,guru-gurunya bahkan rakan-rakannya. Dia seorang yang baik dan tidak gemar mengguris perasaan orang sekelilingnya. Di sini dia sudah menonjolkan kasih sayangnya terhadap ibu bapa yang terlalu banyak berkorban untuknya,guru-guru yang sentiasa menidakkan hal yang remeh-temeh semata-mata ingin mencurahkan ilmu yang ada dan juga terhadap sahabat-sahabat yang sentiasa ada di saat susah dan senangnya.Ini menggambarkan dia bukanlah "Si Tanggang Moden dan bagai kacang lupakan kulit".






    Memilih sahabat ibarat memilih buah di pasar raya. Sekiranya salah membeli dan kemudian memakannya maka badanlah yang akan menanggung risiko. Kerana itu sahabat itu perlulah seorang yang sentiasa menunjukkan kemajuan dalam diri. Sahabat seolah-olah bertindak sebagai model dan suri teladan kepada kita. Jika dia menyerlahkan sikapnya yang rajin mengulangkaji pelajaran pastinya kita akan terbawa-bawa dalam dunia 'si ulat buku' jua. Selain itu,dia juga haruslah seorang pendengar dan penasihat yang baik. Selalu mendengar di saat kita menceritakan masalah yang tidak henti-henti menghentam,menjadi tangan untuk air mata yang tidak henti-henti mengalir dan turut menjadi separuh dari 'si merah hati' untuk menyelami perasaan kita. Sahabat juga perlu sentiasa menuturkan kata-kata dan nasihat yang baik dan menjadi pendorong untuk kita bangkit menyusun langkah meninggalkan kenangan dan kegagalan lama yang sudah bernisan. Seperti dendangan lagu Najwa Latif 'kau ada di kala ku suka,di kala ku duka setiap tangisan dan juga ketawa' itulah erti sahabat di mana dia sentiasa ada menghulurkan tapak tangan yang sejuk mengalirkan semangat dalam diri ini.






    Selain itu dia haruslah seorang yang sentiasa bersabar di dalam setiap waktu dan ketika kerana orang yang kuat bukanlah seorang juara di gelanggang pertandingan,juga bukan si peguam yang sering menang bicara,juga bukan seorang pendebat yang lancang menyusun kata,tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal amarahnya ketika sedang marah. Apabila dia mempunyai sikap sabar maka dia tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat seandainya dia dihina dan dia juga tidak akan menyalahkan takdir jika dia tersilap langkah. Seterusnya membimbing kita dengan penuh kesabaran apabila kita seakan-akan ingin mengalah. Dia juga akan membawa kita ke arah ketenangan dengan murah dan manisnya senyuman dan sikapnya yang membahagiakan. Jika ingin menilai kebaikan seseorang,nilailah dia pada waktu kritis.




    Di samping itu,mestilah seorang yang suka membantu orang yang dalam kesusahan, Dia mungkin seorang yang berilmu dan dengan ilmunya dia dapat memimpin dan membantu remaja lain dalam pelajaran mahupun ilmu-ilmu lain. Ada pepatah melayu mengatakan jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak dipraktikkan dan disebarkan pada orang lain maka ilmunya akan terhapus begitu sahaja. Dia juga haruslah bersikap kreatif dan sentiasa memikirkan sesuatu yang tidak ada pada orang lain seperti jalan penyelesaian dalam masalah atau pendapat-pendapatnya yang cukup bernas walaupun tidak tercapai dek akal.


    Seorang kawan yang baik juga perlu mempunyai sifat kepimpinan dalam diri. Sifat kepimpinan yang diserlahkan secara auto mahupun kontra,secara amnya turut memimpin diri kita agar menjadi seorang remaja yang berdisiplin,yang sentiasa berusaha untuk kecemerlangan diri dan dia juga akan membentuk diri kita menjadi manusia yang baik secara sedar atau tidak kerana seorang sahabat adalah suri teladan kepada sahabat yang lain. Dia juga perlu mempunyai sikap berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk berjaya kerana dia mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bersifat kebudak-budakan.

    kesimpulannya,bukanlah yang menjadi pilihan 'si cantik yang mengalahkan kecantikan bidadari syurga' ataupun 'si model tinggi lampai yang terkenal dengan gaya peliknya' tetapi yang menjadi pilihan hati hanyalah seorang sahabat yang menjadi penyuluh cahaya di dalam kegelapan,yang menjadi penunjuk arah tentukan jalan dan pastinya yang sentiasa bersederhana dalam kehidupannya ,cukup sifat-sifat mahmudahnya,mempunyai rupa akhlak yang baik yang mampu dijadikan 'super model' dan ikutan. Sahabat ini jugalah yang menghulur dan mengenggam tangan kita bangkit dan memegang kayu keranda sewaktu roh naik dijemput Yang Maha Kuasa. Ciri-ciri sahabat ini jugalah akan membentuk kecermelangan dunia menyusun satu derapan langkah ke hadapan untuk membawa negara sebaris dengan gergasi-gergasi barat lain.
    675patah perkataan.

    karangan nukilan Nor Aini binti Mat Lela 


    <$BlogItemBody$>