
|
arise kata mereka My Tagboard penghias dalaman |
selalu
selalu.. aku ketawa.. selalu.. aku menangis.. selalu.. aku senyum.. selalu.. aku sedih.. selalu.. Sentiasa berharap pada sesuatu yang tak pasti. Itulah aku.yea. Sentiasa berharap. Ingin menjadi hebat. Ingin pandai berkata-kata. ingin banyak ilmu. Ingin seperti orang itu. Ingin seperti orang ini. ingin menjadi orang baik. Ingin menjadi pakar dalam satu bidang. see? betapa rapuhnya pendirian aku.Allah.. Kadang-kadang.. kita sebagai hamba-Nya sangat tak bersyukur. ya! angkuh sangat. Allah bagi pinjam mata,muka,tangan,kaki. tapi sering kita salah guna. Sering kita lupa. Sering kita lalai. Kerana apa? Kerana terlalu mengejar nikmat duniawi. Tanpa kita sedar.dunia ini hanya sementara. dunia. Begitu banyak tipu helah sehingga ramai yang terpesona dengan nikmatnya. Termasuk aku. Yea. Aku looser. Aku hanya tahu nak itu nak ini. Tanpa sedar. Terlalu banyak yang aku inginkan. Kemewahan. Kesenangan. Keseronokkan. Aku masih dalam dunia "indah" nie. Aku looser. Aku kalah dengan nafsu. Mahu menjadi hebat seperti manusia lain. Usaha tiada. Penat lelah tiada. Aku looser. Menjadi muslimah yang sangat lemah. Sikit-sikit menangis. Hanya tahu mengadu. Tapi semangat untuk bangkit tiada. Aku still looser. Sering lalai dengan lagu-lagu yang mendayu. Membawa jiwa terbang ke langit. Kononnya boleh sampai ke planet pluto. Sedangkan pluto sudah lama hilang . Tanpa jejak sehingga sekarang. Aku still looser. Hanya tahu berfoya-foya. Hanya tahu indahnya berkata-kata. Hanya tahu mengungkapkan kata-kata dusta tanpa tahu maknanya. Hanya tertipu disebalik janji manis bagaikan madu. Habis madu sepah dibuang. Aku. Tetap dengan diri aku. Sampai bila. Aku pun tak tahu. Hanya tahu menulis. Ikutkan hati dan perasaan. hey..kau nak tulis apa sebenarnya nie?Entahlah. Rohani kita perlu makanan. Makanan dia bukan muzik. Bukan juga hiburan. Bukan gelak sakan. tapi kata-kata nasihat. Kata-kata yang boleh membuatkan akal berfikir dengan waras. Mengenai akhlak. Tindak-tanduk kita selama ini. Adakah selama ini kita sibuk mengkaji orang lain? Sedangkan diri sendiri perlukan bantuan. Perlukan khidmat psykologi. Semuanya berkait dengan agama. Yes. Agama Islam memang menyeluruh. Sama ada baru sedar. Baru perasan. Baru baca. Baru terfikir. Dari awal lagi kita sedia maklum. Tentang sabar,sedekah,solat and so on. Tapi yang kita amalkan hanya sedikit. kerana ape? kerana kita manusia. kenapa nak salahkan manusia? oh.jawapan yang salah. Bukan kerana manusia, tapi kerana diri kita sendiri. Tiada motivasi untuk sentiasa bangun.Jarang tersedar dari mimpi. Hanya tahu keindahan. Mata ini sentiasa tertipu. Mana ada orang berjaya dengan goyang kaki. Semuanya kena usaha penat lelah dulu. Malah hampir jatuh kan. Diri sendiri. Sejauh mana kita berfikir. Sejauh mana kita pergi. Sejauh mana kita bercakap. kena sentiasa istiqamah. Sentiasa mendengar ceramah motivasi. sebab hati kita perlukan makanan.rohani kita tersangat lapar. Amat lapar. dan. Ingatlah.agama itu menyeluruh. Bukan separuh. Bukan sedikit. semuanya berbalik kepada Allah s.w.t. |