
|
arise kata mereka My Tagboard penghias dalaman |
repost apa yang aku inginkan
Malam semakin tua. Begitu juga manusia. Semakin meniti usia. Semakin tua. Semakin berusia.
Semakin matang. Semakin banyak pengalaman.Semakin banyak kisah hidup.
begitu juga diri aku sendiri.
Menghadapi hari-hari yang mendatang.
kadang bahagia. Kadang derita. Tapi itu semua. Mungkin perkara biasa.kan
Setiap hari. Aku buka mata. Aku masih mempunyai sepasang mata. Syukur. Alhamdulillah.
Mata aku akan singgah pada dinding yang keras. Dinding yang menyimpan 1000 rahsia. mungkin.
Dinding yang selama ini temani aku. Melihat tingkah laku aku selama 17 tahun ..
Walaupun dinding tidak berkata-kata. Keras dan masih utuh. Sejuk dan kaku.
Dinding itu jua lah yang aku lihat setiap hari. Tanpa jemu. Tanpa keluhan.
Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada.
Bukan aku mempersoalkan apa yang aku miliki.
Bukan ! tapi jiwa aku. jiwa ? betul ke jiwa ?
hati aku. Ingin sekali aku merasa sebuah senyuman yang indah tatkala aku membuka mata.
Ingin sekali aku melihat wajah itu masih berada di sisi ku. *sigh
sayu kan.
Tapi . tuh semua dugaan yang harus aku tempuhi. Aku kena kuat. Aku kena semangat.
Tak semua manusia sama. Hanya rambut sama warna. Hati lain-lain.
Ya. Sering kita dengar ungkapan tuh.Ungkapan yang menunjukkan kita berbeza
tapi kita masih sama.
Setiap kali kaki aku melangkah. Menuju ke asrama. Setiap kali aku melihat mereka.
hati ini inginkan sapaan. hati ini inginkan ungkapan "Assalamualaikum ... "
mungkin aku tak seperti mereka. Hanya berangan-rangan menjadi baik.mungkin.
Kekadang aku bertanya sendiri. Apakah hal sekecil itu, Sengaja aku besar-besarkan ?
tak. terkadang aku suka macam tu.
Sampai bila aku nak berdiam diri. Membuat hal sendiri. Sampai bila ek . terkadang ..
aku Mempersoalkan apakah betul atau salah berbuat demikian ?
“Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)tak susah pun untuk melaksanakannya. Baiknya Allah beri kita pahala.Banyak kot! siapa taknak. kan tapi janganlah langsung tak laksanakan.please ... “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.”(H.R Ahmad)
aku taknak terjadi macam tuh. Aku taknak menjadi manusia akhir zaman macam tuh.
boleh je bagi salam kan. tak susah pun. insyaAllah senang ^^
|