
|
arise kata mereka My Tagboard penghias dalaman |
untuk si dia~
hyep
da lame nk post pasal nyh,
tapi hari nie baru jumpe lha. .huk2
i`m sorry =(
awak awak awak,bace nyh ~_^
beritahu si dia aku ada pesanan buatnya...
tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintanya-Nya..
tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa..
tolong nasihati si dia,jangan mencintaiku lebih dari dia
menyintai yang Maha Esa..
tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia
mengingati yang Maha Esa..
tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..
tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ
ada syurga..
tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di
telapak itu syurganya..
tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan
rupa..
tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan
harta..
tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya..
tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta
manusia..
tolong tegur si dia,bila dia mula tenggelam dalam
angan-angannya..
tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa..
tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga..
tolong sedarkan si dia,tanggungjawbnya besar kepada
keluarga..
tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita
belum terlaksana..
tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana
menjaga batasan cinta..
tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah
rindunya..
tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia berjaya dalam impian
dan cita-citanya..
tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam
kejayaanku...
tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang
terjaga..
tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak
ternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia
menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
tolong sampaikan pada si dia,kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri..
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji kegungan Tuhan
Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu
mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu
hari nanti
salam sayang, =)
|