
|
arise kata mereka My Tagboard penghias dalaman |
~ ♥ ~ ALLAH Hantar Saya Untuk Awak ~ ♥
![]() Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”… Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu … Tiap
langkah dilalui dengan penuh semangat dan sebuah senyum ketulusan.
Derai air mata hanya untuk mencari keRedhaan Illahi Rabbi. Deru dan debu
yang menerpa wajah cantiknya kian menambah kecantikan hatinya yang
senantiasa terbalut dengan untaian-untaian zikir dan lantunan taujih
Rabbani. Tatap matanya yang selalu memiliki sebuah harapan dan keyakinan
bahwa janji Allah adalah pasti. Kian menambah cantiknya jiwa-jiwa
sejati yang mempersembahkan seluruh jiwa dan raga hanya untuk sebuah
manis cinta Sang Kekasih. Dengan penuh keyakinan pasti, dan aura jiwa
optimis serta sebuah ketegaran hati demi meraih sebuah Cinta
Illahi......Salam Mahabbah Buat Bakal Zaujahku...Semoga Allah menjaga
segala niat kita....Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya.... Bagiku, Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan aku masih mampu tersenyum, sambil berkata. aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...~ ♥ ~ Jika
dipinta cintamu katakanlah ia untuk ALLAH , jika dipinta rindumu
katakanlah ia untuk RASULLAH,jika dipinta kasih sayangmu katakanlah ia
untuk ibu bapamu & jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu
menghargainya…Cinta itu sebenarnya sebuah amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada insan-insan yang mengenal erti sebuah
anugerah cinta itu..menghargainya,menerimanya,m'balasnya tanpa dipinta..Dariku.... ~ ♥ ~ Saya mahukan pertemuan kita yang pertama saya kelihatan 'sempurna' di hadapan awak walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Saya cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus saya galas ketika dipertemukan dengan diri awak. Saya cuba membataskan perbicaraan saya dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana saya risau saya menceritakan rahsia diri saya kepadanya kerana seharusnya awaklah yang harus mengetahuinya kerana diri awak adalah sebahagian dari diri saya dan ianya adalah hak bagi awak untuk mengetahui segala zahir dan batin diri saya ini... ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ Ketika saya merungkai bait-bait cinta untuk awak..... Delapan tahun saya menunggu awak untuk menemani hari-hari saya Dalam gelap malam, juga cerahnya pagi Maka jika awak menemukan saya tak sesuai mimpimu selama ini Percayalah sesungguhnya saya sedang belajar merajut mimpi itu…. Hanya awak seorang sahaja yang layak untuk saya.. Semoga awaklah insan persis seperti tercatat di Lauh Mahfuz saya... Maka temani saya dalam ketaatan padaNya Selalu bersama tak jemu berdoa kepadaNya Agar hari ini saya akan menjadi suami awak yang lebih baik dari hari kemarin Dan agar esok hari awak akan menemukan saya sebagai suamimu yang lebih baik dari hari ini…InsyaAllah... ~ ♥~ ~ ♥ ~ Aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." ~ ♥ ~ ![]() |