Searching for jannah

arise

imam al-ghazali berkata.."Ketika kau merasa sepi, jangan kau katakan aku sunyi, tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Yang Memerhati.."

Entries About Linkies Stuff


kata mereka

My Tagboard

  • awak baca lah puas-puas kat sini. hee peace yaww
  • eh eh.ada orang lah
  •  "makhluk" mendArat di sini.


  • penghias dalaman

    Template: Zaatboy Ainn
    Basecodes: Atieqa Afiqah
    Tuto/Free: StudentKecik
    Others:   


    senyum??

    Rasulullah saw. bersabda:"Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a ,katanya:"Baginda Rasul saw. berkata kepadaku:"Janganlah kamu memandang remeh dengan kebaikan yang sedikit walaupun hanya dengan sekadar bermuka manis dan memberikan senyuman ,yakni apabila bertemu dengan saudara kamu seagama."(Riwayat Muslim)

    Senyuman kini mempunyai perkemba...ngannya,senyum menjadi sangat berbeza-beza dengan nilai dan karakteristiknya masing-masing.Dari warna-warni senyuman itu dapat dibahagi dengan beberapa bahagian,seperti berikut:.

    *Senyum Egois--Sebuah senyuman yang tidak bersahabat.Senyuman tersebut terbentuk dari perasaan dendam kesumat.Senyum ini dapat menyakitkan hati bagi orang yang melihatnya.

    *Senyum Menggoda--Sebuah senyuman liar yang bertujuan untuk memperdayai lelaki/perempuan untuk memperdayai,sesuatu yang dapat menjerumus kedalam jurang maksiat.

    *Senyum Ketabahan--Sebuah senyuman yang muncul dari orang-orang perkasa dan jantan.Peribadi yang mampu menghadapi pelbagai musibah dengan tabah,tanpa keluh kesah.Senyum ini akan dirasakan oleh orang-orang yang merasa dekat dengan Allah.

    *Senyum Berwibawa--Sebuah senyuman yang menghiasi bibir orang-orang yang berwibawa dan mempunyai kekuatan dalam hidupnya.Biasanya mereka pernah melalui musibah yang berat kemudian berjaya.Sehingga masalah yang berat dapat diatasi.

    *Senyum Ketulusan--Sebuah senyuman yang datang dari relung hati yang paling dalam,muncul untuk membahagiakan,menghormati dan memuliakan orang lain,senyuman ini terbit selari dengan hati.

    Lihat penyataan diatas,ya benar dan benar akan tetapi bagaimana pula dengan mimik muka kita ketika berada dirumah dalam hal yang patut dan wajar menerima senyuman daripada kita adalah ahli keluarga kita.

    Senyum didalam rumah adalah dianjurkan Rasulullah saw. memang Rasulullah saw. terkenal murah dengan senyuman,selalu bergurau dan tertawa bersama keluarganya.

    Diriwayatkan pula daripada Aisyah r.a bahwa pada suatu hari beliau pernah ditanya:"Bagaimanakah sikap Rasulullah saw. ketika berada di dalam rumah?"Maka Aisyah menjawab:"Rasulullah saw. adalah seorang yang paling lemah lembut,sering tersenyum,dan sering pula tertawa."(Riwayat Ibnu Saad)..


    <$BlogItemBody$>