Searching for jannah

arise

imam al-ghazali berkata.."Ketika kau merasa sepi, jangan kau katakan aku sunyi, tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Yang Memerhati.."

Entries About Linkies Stuff


kata mereka

My Tagboard

  • awak baca lah puas-puas kat sini. hee peace yaww
  • eh eh.ada orang lah
  •  "makhluk" mendArat di sini.


  • penghias dalaman

    Template: Zaatboy Ainn
    Basecodes: Atieqa Afiqah
    Tuto/Free: StudentKecik
    Others:   


    koyak tampal

     benci.

    aku benci part nie.

    saat di mana perpisahan bakal terjadi,

    kerana kita mencari ilmu-Nya,

    untuk berbakti kepada umat,

    untuk membantu agama.

    iye.

    aku faham.

    terlebih faham pun.

    takpe.





    pertama sekali,
    najihah binti abdul razak



    gee,

    aku tak reti nak buat ayat indah nan berpuisi,

    sebab aku tahu kau otak kiri,

    bagi kau,

    semua mende adalah perkara biasa,

    termasuk aku kan?

    k agak sedih la --'

    membesar dengan kau,

    dari aku form1 sampai sekarang,

    walaupun aku dipindahkan ke kelas lain yang jauh dari kau,

    tapi aku nak kau tahu,

    sebenarnya,

    sebenarnya,

    saya isteri dia.

    what the... -......-

    oke aku tahu kau tengah baca,

    tunggu aku serious bila cakap dengan kau kan?

    sumpah aku takut kau pengsan. HAHA.

    kau mungkin tak kenal aku lagi,gee.

    ye. aku suka buat 'surprise' dengan sahabat aku,

    sebab aku tahu,aku tak mampu nak bagi hadiah supe kete bmw ke teddy bear ke,

    alaaaa. yang suweeet euwww euww girly tuh?

    tapi nie jek aku mampu,

    iaitu dengan ber'wasiat'. hehe

    oke kite mule. (muke serious tahan gelak)

    oke2. start.

    gee,

    selalu aku perhatikan kawan aku yang satu nie,

    kenal dengan kau,

    membuatkan aku takut,

    kau akan terjerumus dengan cinta sang adam.

    ye,sumpah tak tipu.

    sebab ape?

    sebab..

    bagi aku,

    kau seorang perfect.

    aku malas nak puji lebih-lebih kan. hehe.

    aku suka tengok kau dari jauh,

    walaupun aku kurang bercakap dengan kau kat sekolah,

    sebab kau kelas lain,

    busy selalu dengan kengkawan fara darina and classmates kau,

    aku faham.

    kau tau tak gee?

    aku selalu doakan kau dalam diam,

    supaya hati kau kuat dan cekal,

    aku risau gee,

    saat satu hari hati kau terjentik untuk berjinak-jinak dengan lelaki.

    aku risau,

    tapi dalam masa yang sama,

    aku percaya kau takkan buat macamtu,

    selagi kau percaya dengan akhirat,

    selagi ada yang mengingatkan kau.

    insyaAllah,aku yakin kau takkan.

    gee,

    jaga tau diri tu,

    jangan mudah terpengaruh dengan sekeliling.

    mungkin hari nie,

    saat nie,

    kau dengar cakap aku,

    tapi aku risau,

    kata-kataku nie hanyalah angin lalu,

    pada masa akan datang.

    teringat ayat prof muhaya,

    manusia yang hebat ialah dia ubah persekitaran,

    dengan ubah diri dia dahulu.

    gee,

    aku suka sangat cara kau bercakap,

    the best part tengok kau debate dengan budak rompin tahun lepas,

    ayat kau laju kencang macam angin lalu,

    sehingga terdiam pihak pembangkang,

    membuatkan aku bangga,

    punyai kawan hebat seperti kau.

    gee,

    aku bukanlah sesiapa yang ada saat kau susah senang semasa menuntut ilmu,

    tapi aku nak kau tahu,

    Allah dah pertemukan kita,

    di sebuah sekolah yang dahulunya orang pandang sebelah mata.

    tapi sekarang,

    kita dah pun lepas alam persekolahan kan?

    dah lapanbelas pun.

    aku harap kau pandai bawak diri,

    kejarlah cita-cita kau,

    jangan pernah bosan untuk menuntut ilmu Dia,

    dan jangan lupakan syariatnya,

    jangan lupa juga untuk menjaga aurat,

    sayangi ayahmu...

    terima kasih menjadi kawan aku,gee..

    next,

    mangsa seterusnya,
    laila suraya zainal abidin( buat peace)



    laila,

    aku tak tahu nak cakap apa,

    aku sedih sangat,

    sebab kawan yang susah senang dengan aku masa dalam kelas,

    kawan aku yang giler-giler nie,

    yang selalu ade di depan dan belakang aku setiap kali exam dari aku fom4 lagi,

    yang selalu ingatkan aku juga seorang kidal seperti kau,

    yang sudi berkawan dengan aku sampai sekarang,

    sedia terima kekurangan dan kelemahan aku,

    yang setia mendengar cerita-cerita aku,

    aku sakit kau takde..

    paling aku suka,

    tengok kau yang merangkak perlahan-lahan untuk menjadi pelajar cemerlang,

    kau usahakan jugak tanpa berputus asa.

    aku tahu,

    result spm tuh lah hasil usaha kau,

    sehingga kau sendiri tak percaya melihatnya,

    membuatkan kau mampu menitis air mata.

    laila,

    hebatnya kau dari aku,

    mampu pergi sejauh tu,

    jauh tinggalkan aku dan sahabat-sahabat kau di sini,

    walaupun aku tahu,

    hati kau juga terseksa untuk berpisah,

    tinggalkan kami di sini.

    laila,

    aku tahu kau juga sedih,

    aku tahu kau tak pernah sanggup melihat air mata orang kau sayang menitis kerana kau,

    tapi laila,

    pergilah kejar cita-cita,

    pergilah mencari ilmu-Nya,

    terbanglah melata di bumi indah nie,

    agar suatu hari nanti,

    aku boleh tersenyum di sini,

    melihatmu genggam ijazah dengan jayanya.

    laila,

    aku tak perlu pun nasihat kau panjang berjela,

    kerana aku percaya,

    kau mampu jaga diri di sana..

    laila,

    jangan lupa aku,dan sahabat-sahabat lain kat pekan nie,

    ada masa kita luangkan masa gelak ketawa bersama,

    saat itu aku akan merasakan indahnya dunia,

    sehingga aku lupa segala masalah untuk seketika.

    laila,

    melihat cara kau berdikari,

    mengingatkan yang aku seorang anak pertama,

    untuk aku terus berdiri,

    mengejar cita-cita...

    laila,

    andai kita masih lagi boleh berjumpa,

    ingin aku memelukmu,

    dan katakan pada dunia,

    aku bahagia mempunyai sahabat seperti kamu..

    laila,

    kalau kau perasan kita banyak persamaan,

    cuma aku yang masih dibuai mimpi di sini,

    masih menunaikan impian cita-cita ibu bapa..

    laila,

    tiada dah gelak ketawa songoi yang selalu aku dengar untuk panggil aku,

    walaupun aku tak tahu sekarang ape maksud perkataan songoii tuh,

    tapi percayalah,

    tiada pengganti buat dirimu..

    yang selalu menyanyangimu,laila.

    kami di sini...

    next chapter is...
    laila farhana binti ubaidillah



    baik kan dia?

    cukup lah aku bersyukur apa adanya dipertemukan untuk mengenali dia,

    seorang muslimah yang kental hatinya,

    ingin sekali aku menjadi sepertinya,

    yang selalu bagi aku nasihat dan kata-kata,

    agar aku masih lagi berdiri.

    tanpa ragu-ragu lagi..

    laila,

    jujur saya cakap,

    saya perlukan sahabat seperti awak dalam hidup saya.

    saya perlukan awak,

    untuk berkongsi masalah dengan saya.

    saya perlukan awak,

    untuk bimbing saya..

    laila,

    saya cukup cemburu melihat awak di sana,

    tanpa sedar saya sering mendoakan awak kuat di sana,

    agar awak menjadi seorang hafizah yang 'smart huffaz'

    yang mencari kekuatan dalam mencari redha-Nya..

    laila,

    sungguh jiwa ini rindukan kata-kata tarbiyah dari awak,

    yang selalu menguatkan saya,

    walaupun saya tahu,

    awak pun sama di sana..

    laila,

    bukan sembarangan orang dipilih oleh-Nya,

    untuk belajar di situ,

    untuk berjaya di situ,

    insyaAllah,awak boleh,

    awak mampu..

    laila,

    sahabat yang sentiasa tersenyum manis tika menyapa kehadiran saya,

    tak kira pagi atau petang,mahupun tengahari,

    saya rindukan tangan yang dihulurkan kepada saya untuk menyambut salam,

    tak kira semasa di kuliah mahupun di luar,

    laila tetap tersenyum..

    laila,

    bukanlah saya terlalu mengagungkan awak seorang,

    tapi pentingnya awak bagi saya,

    kerana awak sentiasa mengingatkan hati ini yang terkadang terleka..

    laila,

    rindunya saya dekat awak kerana-Nya,

    mendengar suara awak mengaji sayup-sayup kedengaran,

    melihat awak tekun mendengar cerita-cerita saya,

    walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan masa..

    laila,

    saya harap 1hari nanti saya melihat awak di sebelah saya,

    tetap ceria seperti selalu,

    mengejar impian dan cita-cita bersama,

    iaitu syurga-Nya..

    laila,

    kuatkanlah dirimu,

    kerana agama ini,

    kerana umat ini,

    teruskan berjalan tanpa penat,

    seperti kata awak,

    akan ada yang mendoakan di sini selalu..

    insyaAllah saya tahu awak mampu,

    berjuanglah,

    berusahalah,

    sehingga berjaya,,aminn

    next part of my life,
    hanan zainal abidin (biru)



    hanan,

    first at all,

    aku ? oke aku lah kan..

    hehe.

    macam tak biasa pulak. --'

    hanan,

    dulu aku marah kau,

    nak keluar tak bagitahu,

    nie sorang lagi.

    tapi then,its a long strory,

    just forget it. *keling

    hanan,

    disebabkan kau kuat lah,

    and disebabkan kau mampu bertahanlah,

    kau terpilih dalam kalangan hamba-Nya yang ramai nie,

    untuk pergi mengembara jauh,

    untuk meneruskan fardu kifayah.

    selagi masih mampu kau berdiri,

    maka berdirilah,

    sentiasa aku support kau dari belakang.

    hanan,

    sahabat yang aku kenal mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi selalu,

    tanpa bosan dan jemu,

    kakimu terus melangkah biarpun datangnya pahir getir,

    aku faham perasaanmu,

    begitu juga ibu bapamu..

    hanan,

    janganlah merasa give up,

    perjuangkanlah hakmu,

    perjuangkanlah hak agamamu.

    andai pernah kau berhenti,

    ingatlah setiap usahamu mendapat pahala di sisi-Nya,

    andai kau mahu mengalah,

    ingatlah saat-saat ibu bapamu berkorban keranamu..

    penuhilah dadamu dengan ilmu,

    tak kira apa jua ilmu pun,

    kerana ilmu itulah yang menjadikan kita tahu,

    mana yang benar,dan mana yang salah,

    mana yang baik atau buruk.

    ilmu tuh jugak lah hanan,

    yang boleh mengubah sikap kita,

    dari jahil kepada tahu..

    andai kau memerlukan teman,

    aku di sini,

    sentiasa menemanimu..

    senyum lah hanan =)

    kerana indahnya dunia ini hanyalah seketika,

    janganlah lepaskan saat indah ini..

    dengan kesempatan ini,

    maafkan lah diri ini,

    andai ada kekurangan dan salah silap bica

    berat



            بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

            الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

            الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

            مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

            إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

            اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
    sayup2 kedengaran suara membaca al-fatihah..
    iye. dia seorang imam ketika itu.

    hey jameelaty,bi sur 'ah. yAllah! the imam start to pray la.
    bahasa rojak yang digunakan oleh seorang kawan namanya Siti kepada kawannya,Hawa, yang satu lagi.
    memanggil untuk cepat berjalan agar tidak tertinggal solat berjemaah.
    dipendekkan cerita,
    tirai pihak lelaki di hadapan,jauh sekali dari muslimat. langsung tak nampak bayang.
    subhanAllah,
    bacaan imam merdu sangat. sehingga menitis air mata kawan tadi.
    siapakah gerangan hamba Allah itu?
    seorang hafiz kah dia?
    tapi di tempat perkhemahan macam tu agak mustahil wujudnya hafiz..
     Allah. jauhnya aku dariMu..
    jauhkan aku dari mencari yang tak pasti.

    sesampainya di barisan orang ramai,
    ade orang bisik,
    dia itulah orang yang jadi imam tadi. ketua kadet sekolah dia.

    semenjak itu,
    ada rasa yang disembunyikan.
    Allah. rasa apekah ini??

    tapi setelah aku ketahui,
    dia di sini,
    1fakulti dengan aku.
    dia kawan kepada sahabat aku.
    ah. jealousnye!!
    dia kenalkah aku?
    memang mustahil.

    Allah.
    aku hanya mengharap,
    dan meminta padaMu,
    melihat dia,
    aku terasa tenang
    sedikit pun dia tidak memandang perempuan,
    apatah lagi manusia seperti aku.
      aku cume dapat jagakan hati ini..

    tetttt.
    tamat sudah al-kisah drama seperti ini.
    maaf,
    anda tertipu.
    cerita ini hanya rekaan semata-mata.
    tiada yang kene dengan hidup atau tiada.

    bukan aku mempermainkan.
    tapi sudah lah dengan cerita seperti ini.
    lalu kemanakah penghujungnya?

    hanya lah perkataan demi perkataan menunjukkan apa yang rasa dihati.
    perbuatan hanya lah sedikit.
    hanyalah penuh dengan emosi.
    mempermainkan perasaan.
    mengajar untuk terus berkhayal,
    tanpa sedar,
    kita di dunia yang realiti,
    yang belajar dari teori.

    ada yang keciciran di tepi jalan.
    ade yang tergantung di pertengahan jalan.
     lalu bilakah akan menjadi pasti?



    the answer is ZERO.

    sekian.

    tunggu

     eh,kau tengok dia tuh,kau boleh tunggu dia lama-lama? tunggu dia makan,tunggu dia pakai kasut,tunggu dia jumpa cikgu,tunggu dia basuh tangan,tunggu dia jumpa kawan?kau sanggup tunggu?why?!
    itulah aku.
    bukan nak bangga diri.
    mahupun tunjuk kebaikan.
    biarlah orang nak kata apa pun.

    suke aku teringat kisah ahmad ammar yang aku baca tempoh hari,
    antara dia dikenang kawan adalah dengan menunggu kawan,
    sehingga menyebabkan kawannya terharu..

    tapi bukanlah aku berniat macam tuh.
    aku nak jadi seorang yang sabar.
    nama pun sahabat kan.
    sebanyak mana pun kekurangan orang yang kita sayang,
    ataupun sehebat mana pun seseorang tuh dalam hidup kita,
    kita tetap kene terima betul tak?
    kalau tak terima,
    habis macamana nak ada kawan?ataupun orang yang kita sayang?
    haih.

    sabar tuh senang diungkapkan. senang dikhabarkan.
     tapi untuk melakukannya,
    amatlah payah.

    si bertanya tadi,
    andai kau tahu,
    betapa aku ingin sangat menjaga hati orang,
    betapa aku suka menggembirakan hati orang,
    sehingga hati aku terluka sendiri,
    aku tak kisah begitu.

    andai kau tahu,
    indahnya sabar tuh,
    saat kita biarkan ego kita jatuh,
    dan dengan rela hati menerima kenyataan hidup.

    kau tak rasa ke?
    Allah mungkin hadirkan seseorang tuh dalam hidup kita,
    hanya untuk menguji kesabaran kita.
    sama ada iman kita senipis jarum mahupun setebal besi.

    kau tak boleh fikir ke?
    Allah sayang sangat dekat kau,
    sehingga Dia bagi pahala free dengan cara macam tu?

    kalau orang tak boleh sabar,
    semua kereta atas jalan raya pun boleh xcident sebab takda orang nak tolerate.

    kau tak fikir ke,
    kalau rasulullah tak sabar,mesti kita jahil sekarang nie,
    sebab takda orang nak sampaikan kalimahNya.

    kadang aku tak kisah,
    jika aku terpaksa tunggu berjam-jam pun,
    asalkan aku tak menyusahkan orang.kan?

    sebenarnya,hidup ini ujian,
    balasannya akhirat nanti.

    teringat aku suatu ketika,
    aku melihat seorang suami membawa isteri dan 2 orang anaknya menaiki motor.

    sang suami dengan sabar membawa 2 orang anak perlahan-lahan tanpa sedikit pun tercalit keluhan di wajahnya.
    si isteri lalu tersenyum,mendukung anaknya yang kecil.
    subhanaAllah.
    bahagia rasanya jika kita bersabar,
    bahagia rasanya jika kita bersyukur dengan apa yang ada.
    redha dalam ujian adalah kunci utama.
    bukanlah bahagia baru nak bersyukur,tapi bersyukur itulah yang menjadikan kita bahagia..
    bersambung..

    sepi

    bismillah..

    inginku kosongkan fikiran,
    sambil mata dipejamkan..
    menghirup oksigen perlahan-lahan.

    sepanjang hidupmu,
    tipulah andai tidak pernah merasa 'rindu'

    tipulah,
    andai tidak pernah merasa ingin disayangi..

    tipulah,
    andai tidak pernah ingin dekat dengan Rabbi..

    wahai diri yang selalu tertewas dengan nafsu,
    fikirkan lah,
    apa yang mahu dijawab andai amalanmu hanya sikit berbanding dengan dosa??

    Allah.
    hinanya diriku,
    membuat dosa yang bertimbun-timbun setiap hari..

    Allah.
    busuknya aku,
    sentiasa hipokrit dengan perbuatan jahilku..

    Allah.
    aku masih di sini,
    mengharap ampunan darimu..

     sepi~
    pernahkah kita merasa,
    saat selepas memberi salam seusai solat,
    kita terdiam,
    merenung jauh ke dalam diri,
    lidah terkelu untuk mengungkapkan kata-kata,
    kita hanya memandang,
    diam.
    sepi tanpa gangguan dari sekeliling.
    saat itu,
    kita rasa ingin dekat denganNya..
    Allah.
    Kau tahu segala isi hatiku..
    bersambung...

    something like dead

    bismillah..

    saat manusia lain sedang bertungkus lumus untuk mempersiapkan diri demi nusa dan bangsa,
    aku masih di belakang memikirkan keadaan diri ku..

    saat manusia lain mengharap sangat-sangat pada sesuatu yang tak pasti,
    aku sudahpun hentikan jejak langkahku..

    andai kau tahu,

    Rasulullah sibuk memikirkan keadaan kita,umatnya.

    andai kau ingat,

    betapa kejam firaun sehingga Allah biarkan mayatnya kekal hingga hari ini
    untuk dijadikan tauladan.

    andai kau lupa,

    Allah sentiasa menunggumu dan menjagamu.
    tanpa kau sedar,
    kau terlalu pentingkan diri sendiri.
    membiarkan dirimu hanyut dan terleka dek duniawi.

    memang.
    aku akui.
    kata-kataku ini hanyalah persinggahan seketika terhadap dirimu.

    aku juga akui,
    dan aku juga mempunyai ayat 'qoya' di mana,
    aku juga bukan sesiapa untuk menasihati.

    siapa aku dan kamu bukanlah persoalannya.

    sama ada kamu prince charming,
    sama ada kamu teman sejati,
    sama ada kamu dari golongan yang kaya.

    tapi,
    kamu masih teruskan pembacaan.
    itu sudah pasti.
    terima kasih.

    jujur aku mahu ingatkan diriku tentang mati.

    ayat yang sering kita dengar,
    bersediakah kita?
    ataupun,
    banyakkah amalan kita?

    persoalannya,
    bagaimanakah keadaan kita di sana nanti?

    terbayangkah kamu,
    saat kamu sudah tidak mampu untuk gerakkan seluruh anggota badan,
    sehingga orang tersayang mengeluarkan air mata keranamu?

    terbayangkah kamu,
    melihat tubuhmu dimandikan lalu dikafankan,
    kemudian diusung ke tanah perkuburan?

    terbayangkah kamu,
    melihat manusia yang kamu sayang sebak mengalirkan air mata melihat sebujur tubuh kakumu?

    terbayangkah kamu,
    saat manusia menimbuskan tanah menutupi seluruh tubuhmu?

    terfikirkah kamu...


    wahai diri yang masih tidur,

    bangunlah melihat imanmu yang senipis rambut.

    wahai diri yang masih terleka,
    alam barzakh itu bukanlah suatu pembohongan semata-mata.

    tidakkah kamu takut akan dosamu?

    dimanakah amal ilmu yang kau pelajari itu?

    adakah pahalamu akan mewangi harum menutupi busuknya mayatmu?

    lihatlah dirimu.
    kamu masih tertawa,
    tanpa sedar malaikat maut mengintaimu setiap hari.

    lihatlah dirimu,
    kamu masih inginkan dunia yang tidak ternilai walau dengan harga seekor nyamuk pun.

    di mana janji didalam doa iftitah yang dibaca olehmu?

    apakah kamu layak untuk tertawa berdekah-dekah saat dosamu bagaikan segunung everest?

    sesungguhnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada di genggaman,
    bak kata pepatah orang melayu,
    genggam bara api biar sampai jadi arang.
     tapi itu bukanlah maksud pepatah tersebut.

    apa yang kau nak dalam dunia nie?
    harta.
    rumah besar.
    perempuan cantik.
    pangkat.

    apakah itu tujuan hidupmu?
    berdasarkan nafsu semata?

    fikirkanlah.

    setiap hari saudara kita di sana kelaparan kerana tiada makanan,
    kita di sini makan sehingga membazir.
     setiap hari saudara kita di sana tiada tempat untuk berteduh,
    kita di sini tidak pernah bersyukur.
    setiap hari mereka di sana berebut makanan,
    kita di sini membuang makanan.
    setiap hari.
    mereka tetap berjuang untuk teruskan hidup,
    kita di sini putus asa nak hidup.
    mereka disajikan dengan peperangan,
    kita disajikan dengan hiburan.
    mereka penghafal al-Quranul karim,
    kita di sini penghafal muzik.
    mereka di sana kehilangan keluarga dengan sekelip mata,
    kita di sini menjadi anak derhaka.

    terfikirkah kita keadaan mereka di sana?

    maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?(surah al-Rahman)

    saudaraku,

    adakah kita making a life or live a life?

    adakah kita dahagakan pujian ataupun redha Allah semata?

    betulkanlah dirimu,
    betulkanlah cara berfikir.

    fikiran yang baik,akan membentuk emosi yang baik.

    emosi yang baik akan membentuk perkataan yang baik.

    perkataan yang baik akan membentuk perbuatan yang baik.

    perbuatan yang baik akan membentuk sikap yang baik.

    sikap yang baik akan membentuk personaliti yang baik.,

    seterusnya menentukan denstinasi dunia dan akhirat kita.


    apabila kita sibuk perbetulkan diri,
    kita tidak akan nampak kesalahan orang lain.

    apabila kita rasa diri kita baik,
    insyaAllah kita baik.
    sekurangnya kita nak jadi baik. kan?

    apabila kita mahu melihat dunia berubah,
    kita yang perlu mengubah diri kita dahulu.

    kita juga tidaklah seteruk firaun,
    dan kita tidaklah sehebat sahabat rasulullah,
    kite juga bukanlah manusia istimewa seperti ahmad ammar,

    tapi kita juga manusia biasa yang ingin menjadi seperti meraka.
    yang kuat kerana Dia.
    yang bangkit kerana Dia.

    saudaraku,
    dunie ini hanyalah sementara.

    kelak kau akan menyesal saat matahari terbit di sebelah barat.
     bukankah al-Quran telah pun ingatkan kita tentang akhirat beberapa ribu tahun dahulu?

    saat ini,
    mungkin hanya segelintir yang membuka mata,hati dan fikiran,
    yang mungkin sedar betapa Allah ingatkan kita tentang hari pembalasan,
    jadilah kita termasuk dalam golongan itu..

    ingatlah wahai diri,
    orang yang hidup untuk dunia tertipu dengan dunia,
    orang yang hidup untuk akhirat,
    dunia mengejarnya...

    member gua

    maafla,
    saya tiada kata-kata yang indah sebagai pembuka bicara,
    sejak akhir-akhir ini saya malas membaca,
    so kita redah je ea.

    intro dea,
    cik nurul jannah nie ha,
    sangat-sangat lah manis orangnye.
    ehemmmm,

    untuk jannah,

    walaupun lepas nie kita belajar kat tempat yang berbeza,
    mungkin aku takkan jumpa dah sahabat macam hang,
    mungkin takkan rapat macam dulu,
    di mana belajar sama-sama,
    lepak sama-sama,
    makan sama-sama,
    boleh dikatakan semua sama-sama.
    sampaikan nama hang dengan aku pun dah tertukar kat sekolah kan?

    di mana ada jannah,di situ ada najat~

    sukar untuk percaya,
    umur kita dah lapanbelas tahun.
    of course umur hang lagi tua dari aku..


    setiap tahun,
    aku lupa nak wish birthday hang depan hang,
    aku hanya tahu wish kat text,fb..
    jahat aku kan?
    setiap tahun jugak..
    aku tak pernah bagi hadiah papepon dekat hang..
    aku ingat sebenarnya,
    tapi aku pura-pura lupa,
    bila tengok tarikh tuh,
    aku teringat kat hang,
    tapi aku nak hang tahu,
    aku tak pernah lupa nama hang dalam doa aku,
    aku percayakan hang lebih dari diri aku sendiri,
    aku maafkan segala kesilapan hang dekat aku,
    sebab aku tahu,
    hang jugak manusia biasa,
    yang selalu terleka,
    seperti aku..



    jannah..
    aku harap hang jaga diri baik-baik,
    aku harap hang kuatkan hati,
    cekal tempuhi hidup nie,
    aku tahu hang kuat.
    kalau hang nak taw,
    sebab hang la aku jarang give up.
    tengok hang yang sopan santun macam perempuan sejati,
    membuatkan aku sedar,
    aku seorang perempuan.
    haha.

    jannah,
    hang taww dok,
    cute sangat hang hari tuh,
    hari di mana hang tak boleh tengok aku menangis,
    walaupun hang tak pernah lapkan air mata nie,
    tapi hang lah satu-satunya sahabat aku,
    yang sedih tengok air matu aku jatuh.
    saat itu,
    ego aku yang paling bawah nie berkuasa,
    saat itu jugak,
    aku nak bagitau satu dunia,
    aku takkan ada sahabat seperti hang..

    terima kasih jannah,
    yang selama nie banyak habiskan waktu,
    banyak habiskan segala-galanya sepanjang perkenalan hang dengan aku..
    selama 11 tahun aku kenal hang,
    dari aku darjah 1,
    sampai sekarang..
    selama itu jugak aku menetap di sini,
    tanpa sedar aku orang luar yang berhijrah ke bandar nie...

    perasan tak?
    pertemuan,
    perpisahan,
    perkenalan,
    semuanya datang dari Allah yg Esa..

    thank you Allah.

    next,
    mangse seterusnya ialah...

    nor aini binti mat lela,

    aini,
    tahniah sesangat atas result yang gempak tuh,
    sahabat yang selama ini aku ingat kuat marah dekat aku,
    tapi rupanya seorang yang baik hati,
    celoteh and keletah yang macam-macam tuh,

    yang mempunyai idea selalu bercabang bagaikan wire letrik dalam kepala,
    yang selalu 'berseni' dengan gaya tersendiri,
    ingin ku katakan,
    aku bangga mempunyai sahabat seperti kamu,
    yang sentiasa sabar semasa menuntut ilmu,
    walaupun menyebabkan kamu menitiskan air mata..

    tapi rupanya Allah mendengar kan?
    tak putus harapan dan doa kita sama-sama..
    akhirnya impian kamu terlaksana,
    jangan lupa akan diriku di sini,
    akan ada doamu untukmu dari sini,aini.

    kejarlah cita-citamu,
    kejarlah apa yang mampu kau gapai,
    aku sentiasa menyokongmu,
    selalu..

    next,
    nur shahirah binti mohamad wajdi

    cantik kan dea?
    muka persis arabian skit.
    sumpah aku selalu tengok muke dea senyap-senyap.
    haha!
    dont call me stalker!
    kalau aku jadi lelaki aku akan melting tengok senyuman dea.
    haish. 
    ape nie ape nie.
    stop.

    syira.
    dulu aku tak pernah rapat dengan kau kan?
    aku pun tak ingat macamana kita boleh kenal.
    sorry la aq amnesia sikit.
    takpe kan?

    perkenalan dengan kau begitu singkat.
    aku tak pernah habiskan masa lama-lama dengan kau kat sekolah.
    cuma laman sosial yang merapatkan kita,betul tak?

    iye.
    aku takde masa kau susah senang kat sana,
    aku takde nak peluk saat kau tengah bersedih,
    aku takde untuk belajar sama-sama,
    kerana jarak,batas dan waktu yang memisahkan.
    tapi,
    harus kau tahu,
    and memang wajiblah kau tahu,
    aku sentiasa senang berkawan,bersahabat dengan kau,
    tak pernah aku terasa,mahupun sakit hati dengan kau,
    and satu lagi aku nak kau tahu,
    kau nie comey sangatlah,
    iye memang semua sahabat aku comey,
    tapi time kau bercakap,time kau gelak aku suke perhati jek.haha.

    sincerely,
    susah aku nak lepaskan kau,
    jauh merata untuk menimba ilmu,
    tapi ingatlah syira,
    perkenalan kita nie Allah dah aturkan,
    Dia lah yang merancang,
    and tiada pun yang kekal melainkan Dia,
    setiap pertemuan pasti ada perpisahan,kan?
     
    ingat lah selalu,
    Allah sentiasa sayang hamba2-Nya,
    termasuk kau..
    how suweet..

    tiada

    maaf,

    selama ini aku banyak sangat bercakap,

    meluahkan isi hati yang terkadang mengarut,

    meluahkan pendapat yang kadang-kadang mengguris perasaan orang,

    meluahkan segala isi hati yang terpendam.

    akhirnya,
    aku tersedar,
    lebih baik aku diam dari meluahkan kata-kata yang tiada penghujungnya.

    dan,
    aku tersedar,
    tiada yang lebih faham pasal diriku kecuali Allah dan diri aku sendiri.

    aku sedar,
    duniaku terlalu banyak gelak ketawa,

    terlalu banyak ingat pasal dunia,

    terlalu banyak terleka,
    mungkin,

    terlalu banyak aku 'care' pasal orang,
    sedangkan aku jarang pandang diri aku sendiri..

    dan juga aku terlalu fokus dengan dunia aku sendiri,
    sampai lupa bersyukur dengan segala nikmat yang ada

    selama ini aku berfikir,
    bahawa akulah manusia paling sunyi dalam dunia nie,
    kononnnya perlu diberi perhatian,
    tapi sebenarnya TAK!

    aku lupa menghargai manusia yang selama nie tetap di sisi aku..

    yang tetap terima aku dan sayang sangat-sangat dekat aku..

    untuk awak yang sayang saye tuh!
    terima kasih!!! saya hargai =)  <3
    maaf,

    aku kekurangan ilmu,
    tapi,

    setiap manusia mahu dihargai,disayangi,dikasihi wa ghairiha..

    aku hanya berfkir,

    setiap manusia mempunyai tali,

    bukanlah tali silaturrahim,tali sebatan,

    tapi tali tuh panjang sangat,

    ia diikat,dililitkan pada diri kita,

    tak pernah terlepas pada setiap detik waktu,

    tali tu juga ibarat sebuah jalan yang lurus,

    sepertimana al-fatihah yang kita baca setiap hari,

                                                               tunjukilah kami jalan yang lurus,
    jalan lurus seperti ini juga,


    tanpa kita sedar,

    jalan lurus tuh rupanya penuh dengan liku-liku,

    macam jalan raya,penuh dengan lubang,lopak air,panas,sejuk,and so on..

    kadang-kadang kita salah pilih jalan,

    membuatkan kita sesat,

    dan membuatkan kita terpesong dari landasan,

    kadang-kadang kita accident,sebab kecuaian dan kelalaian kita,

    kadang terlupa,mungkin dengan cara itu Allah menyedarkan kita,

    disebabkan terlalu lalai dengan nikmat yang Dia kurniakan,Allah tarik sesuatu nikmat tersebut,
    seperti sakit,atau pn kehilangan sesuatu yang paling kita sayang..

    teringat pepatah lagu maher zain,

    im about to loose the battle and cross the line,

    im about to make another mistake. 

    and even though i try,to stay away..

    everything around me keeps dragging me in

    berbalik kepada tali tadi,
    walaupun permulaan kita berbeza,
    tapi..
    tali tuh menarik kita untuk sampai ke denstinasi yang sama,
    iaitu kembali kepada Tuhan kita,Allah yang satu..

    ada orang,
    see?
    orang lain lagi..
    contohnya diri ini sendiri,
    banyak yang kena tempuh,
    ibarat kita belajar sains tuh?
    tajuk force.

    tapi tali tuh tetap ditarik..
    semakin hari semakin dekat dengan kematian,
    tanpa kita sedar mati itu sangat pasti bagi kita,
    sehingga tubuh badan kita tak dapat bergerak dah suatu hari nanti..


    <$BlogItemBody$>